Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« June 2019 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Islam
Qari Mesir Blog
Wednesday, 2 March 2005
Lagu Quran Bayati Qari Mesir


Photo QARI MESIR Sheikh Abu Eneen Al Sheisha.

Aku amat suka dengan LAGU AL QURAN terutamanya lagu bayati.

Salah satu Lagu Bayati yang paling aku suka ialah lagu Bayati yang dibawakan oleh QARI MESIR Sheikh Abu Eneen Al Sheisha.

Beliau adalah seorang Qari Mesir Lagenda yang amat terkenal dengan bacaan al Quran berlagu di Mesir.

Beliau maseh hidup lagi walaupun sudah begitu lanjut usianya... lebeh kurang 83 tahun.

Beliau pernah memberi nasihat dan pendapat kepada pembaca2 dan Qari2 al Quran tentang bagaimana seseorang itu seharusnya membaca al Quran. Qari Mesir itu berkata "Setiap bacaan haruslah dihayati dengan konteksnya. Jika ia mengenai langit, bacalah agar terpapar keindahan langit. Jika ayatnya mengenai bumi, turunkan suara hingga mendasar, membumi .... Bacalah Al-Quran agar anda sendiri rasa terharu". Itulah nasihat mutiara daripada Sheikh Abul Einein Sheisha, 83 tahun. ( Berita Harian - Singapura Nov 12 -2004 )

Sheikh Abu Eneen Al Sheisha adalah Qari Lagenda di Mesir. Seorang Qari Mesir yang amat terkenal dan amat disegani ramai. Seorang Qari Mesir yang amat pandai ber Lagu Al Quran. Seorang Qari Mesir yang mempunyai suara yang lemak merdu lagi bernada tinggi dan nyaring.

Beliau cukup mahir didalam bidang Maqamat Seni Lagu Al Quran.

Diantara Surah2 al Quran bacaan Qari Sheikh Abu Eneen Al Sheisha yang telah dirakamkan ke CD secara 'live' dan amat baik sekali bacaannya ialah surah Al Qassas, surah Al Imran, surah Qamar dan lain2.

Setiap kali beliau berhenti setelah habis membacakan sepotong ayat... para2 jemaah pendengar akan bergemuruh bersorak melaungkan nama Allah dengan bersemangat dan khusuk.

Begitulah... kehebatan yang telah di kurniakan Tuhan kepada Sheikh Abu Eneen Al Sheisha.

Kawan2 mesti dengar Bacaan Al Quran Ber Lagu dari Qari Mesir ini! Bacaan beliau sungguh hebat dan Power! Cubalah kawan2 bertanyakan kepada guru2 mengaji ditempat pembelajaran masing2....
Atau ... cubalah klick di links yang ada didalam blog ini untuk mendengar bacaan al Quran ber Lagu dari Qari2 Mesir!

Posted by Youth at 7:38 PM WST
Post Comment | Permalink
Monday, 21 February 2005
Lagu Al Quran Santapan Rohani.
Topic: Islam


LAGU AL QURAN santapan rohani?
Bolehkah kita umat Islam berfikir tentang soalan ini?
Benarkah kenyataan itu?

Manusia memang mempunyai hati dan perasaan. Manusia juga mempunyai naluri yang cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Ini termasuklah kesukaan kepada lagu dan irama.

LAGU Al Quran memang berperanan dan bertujuan membawa hati si pendendang dan si pendengar kepada TUHAN nya.
Kerana itulah ia digolongkan sebagai santapan rohani.

Memang tujuan semua umat Islam ialah untuk cuba berusaha mendekatkan hati dan diri mereka kepada Tuhan .... mengharapkan ampunan dan keredaan Tuhannya.

Sebagaimana Islam tidak dapat dipisahkan dengan Iman.
Begitulah...Akal tidak dapat dipisahkan dengan hati!

Perkara Iman adalah lebeh ditujukan kepada perkara Hati.

Hati yang memuja dan memuji Tuhannya.
Hati yang mengharap dan merayu kepada Tuhannya.
Hati perasaan yang memohon ampunan Tuhannya.
Hati yang merasa betapa perlunya dia kepada Tuhannya.
Hati yang membara penuh yakin dan percaya kepada Tuhannya.
Hati yang rindu kaseh kepada Tuhannya!

Oleh sebab itu... LAGU AL QURAN memang disebut santapan rohani.... Dan sebagai satu alat buat digunakan untuk keperluan hati dan jiwa seorang hamba buat mendekatkan diri kepada Tuhannya.


Posted by Youth at 7:25 AM WST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 2 February 2005
Majlis Ujian Tilawah Al Quran Dan Qari Mesir.
Topic: Islam


Seperti kata seorang kawan ku..

Bacaan Qari Mesir memang BEST!
TAPI....
Sana-sini belajar mengaji...
Sini-sini belajar TARANUM AL QURAN..
Tahun2 belajar mengaji..
Takada pun MAJLIS UJIAN TILAWAH AL QURAN!
Kalau ada pun hanya dua tahum sekali!
Macam gini.. tak meriahlah suasana dunia TARANUM AL QURAN!....bosanlah....

Kata2 itu telah membuat aku terfikir...
Sesuatu perlu dilakukan!

Aku sering termenung dan cuba mencari jalan dan huraian bagaimana aku dapat memperbanyakkan kegiatan2 Majlis Ujian Tilawah al Quran di Singapura!

Aku akan berusaha membangkitkan kesadaran tentang peri pentingnya perkara ini didalam masyarakat islam ku.

Sebagai peminat Qari Mesir dan Seni Lagu Al Quran .. yang telah hidup di kota Singapura yang begitu cepat arus pembangunan dan kemajuannya... aku dapati... kegiatan syiar Majlis Ujian Tilawah al Quran di Singapura... sudah semakin berkurangan dan pudar! Warisan tradisi Islam ini ... sudah semakin ditelan zaman. Tidak seperti di negara2 lain!

Di negara Malaysia, negara Indonesia, negara Brunei Darussalaam... kegiatan Majlis Ujian Tilawah membaca al Quran maseh begitu giat dan hangat! Calender Kegiatan Ujian Tilawah al Quran tahunan di negara mereka... maseh kukuh dan konsisten.

Aku amat kagum dan merasa irihati dengan kegigihan usaha2 yang telah mereka jalankan buat mengekalkan warisan tradisi Majlis Ujian Tilawah al Quran dinegara mereka! Aku percaya... ini adalah salah satu cara untuk memantapkan semangat syiar beragama didalam masyarakat islam dinegara masing2.

Alangkah baik dan indahnya... jikalau terdapat banyak kegiatan Majlis Ujian Tilawah al Quran yang dianjurkan di Singapura sepanjang tahun!

Alangkah baik dan indahnya.... jikalau calender kegiatan..warisan tradisi Majlis Ujian Tilawah al Quran di Singapura di luaskan dan di perbanyakkan sepanjang tahun!

Bukankah dengan cara ini.... kita akan dapat sedikit sebanyak... menyelamatkan anak2 dan generasi muda masyarakat Islam di Singapura dari terlampau terpengaruh dengan arus budaya barat yang melanggar etika Islam.

Peranan majlis perayaan sesuatu budaya itu amatlah penting didalam pembentukan pengaruh sesuatu masyarakat.

Sebab itulah.... usaha memperbanyakkan kegiatan Majlis Ujian Tilawah membaca al Quran di Singapura adalah satu perkara yang amat penting buat memupuk dan menaikkan semangat beragama dikalangan umat Islam di Singapura!

Aku sering memikirkan tentang perkara ini!

Posted by Youth at 2:31 AM WST
Updated: Wednesday, 16 February 2005 7:03 PM WST
Post Comment | Permalink
Sunday, 30 January 2005
Qari Mesir - Sheikh Abu Al Maathi.
Topic: Islam
Aku amat suka dengan bacaan al Quran BERLAGU yang dibacakan oleh Qari Mesir Sheikh Abu Al Maathi.

Gaya alunan suaranya yang garau dan lagu yang dialunkan oleh beliau... sungguh2 mengancam jiwaku yang mendengar!

Setiap kali aku mendengar bacaan beliau... membuatkan aku teringatkan kebesaran dan keagungan Tuhan! Hati dan perasaan ku tersentuh. Jiwa ku bertambah
insaf dan khusuk......

Untuk kawan2 dan peminat2 seni lagu al Quran... aku sangat2 cadangkan supaya mencari dan membeli CD atau kaset2 bacaan al Quran berlagu yang dibacakan oleh Sheikh Abu Al Maathi! ( ini bukan bacaan
Tadaruz! )

Qari Mesir memang hebat dan Power!










Posted by Youth at 3:56 AM WST
Updated: Wednesday, 16 February 2005 7:04 PM WST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 19 January 2005
QARI MESIR DAN TARANUM AL QURAN
Topic: Islam
Qari2 Mesir memang amat baik dan berkebolehan didalam bidang seni lagu Taranum al Quran.

Barang siapa yang berfikir bahawa Qari2 Mesir tidak pandai berlagu al Quran... itu adalah satu anggapan yang tidak benar!

Barang siapa yang berfikir bahawa Qari2 Mesir cuma setakat tahu membaca al Quran secara tadaruz... itu adalah satu fikiran dan perbuatan yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. Itu menunjukkan bahawa orang yang berkata begitu amatlah kurang berpengetahuan dan sempit pemikiran didalam bidang dunia seni Taranum antarabangsa.

Ramai Qari2 Mesir dan Qari2 Timur Tengah yang dapat berlagu al Quran dengan begitu hebat dan mengkagumkan.

Diantaranya ialah Qari Sheikh Mustafa Ismael, Qari Sheikh Abu Eneen al Sheisha, Qari Sheikh Abu Al Maathi, Qari Sheikh Mohammad Ahmad Basyoune, Qari sheikh Abdul Basir Abdul Samad, Qari Sheikh Antar Musallam, Qari Sheikh Abdul Man'am At Tukhi, Qari Sheikh Mohammad Rif'at, Qari Sheikh Taha Feshney, Qari Sheikh Raghib Mustafa Ghalwash, Qari Sheikh Rejab Sa'baan as sayyad dan ramai lagi...

Untuk peminat2 seni lagu Taranum al Quran.. diharap dapatlah mencari CD atau kaset2 bacaan Qari2 Mesir tersebut atau cubalah bertanya kepada guru2 mengaji ditempat masing2... buat mengesahkan keterangan tulisan ini.

Anda boleh juga pergi ke lelaman web dibawah ini untuk mendengar sedikit contoh bacaan Qari2 Mesir tersebut.

http://www.geocities.com/jemaah_iqra/
http://english.islamway.com/
http://aswatalislam.net/

Selamat mendengar.

Posted by Youth at 8:08 PM WST
Post Comment | Permalink
Friday, 7 January 2005
Majlis Ujian Tilawah Al Quran
Topic: Islam
Kenapa begitu kurang sekali kegiatan Majlis Ujian Tilawah Al Quran di Singapura?

Kalau di selidiki dan disiasat sepanjang beberapa tahun yang lepas... kita akan dapati.. Calender tahunan Activiti atau kegiatan Majlis Ujian Tilawah al Quran yang diadakan di Singapura begitu kurang sekali. Begitu lemah sekali!

Kenapa hal sebegini boleh terjadi?
Adakah syiar agama Islam yang sebegitu penting... sudah semakin pupus di Singapura? Apakah orang2 Islam di Singapura sudah mula berubah seleranya?

Kita akan dapati begitu banyak sekali Masjid2 di Singapura.... tetapi... begitu kurang sekali kegiatan Majlis Ujian Tilawah yang diadakan di Masjid2 di serata Singapura! Kenapa hal begini boleh terjadi? Apakah mengadakan Pertandingan Majlis Ujian Tilawah al Quran di Singapura sudah tidak begitu penting lagi?

Kalau dibandingkan dengan negara2 jiran seperti negara Malaysia, negara Indonesia dan negara Brunei Darussalam... Negara mereka maseh rancak bergiat mengadakan Pertandingan Majlis Ujian Tilawah Al Quran Di peringkat Negeri atau daerah2 sepanjang tahun! Mereka benar2 mengambil berat tentang perkara ini! Lihat dan periksalah calender kegiatan Majlis Ujian Tilawah tahunan yang diadakan di negara mereka.


Tidak seperti di Singapura... keadaannya berbedza sekali! Dunia sukan Pertandingan Majlis Ujian Tilawah Al Quran di Singapura semakin lemah dan pudar!

Aku sering berfikir dan cuba mencari jawapan tentang soalan itu! Aku akan tetap terus membuat kajian tentang perkara ini!

Posted by Youth at 1:06 PM WST
Post Comment | Permalink
Thursday, 23 December 2004
Selamat bercuti
Aku ucapkan selamat menyambut hari cuti kepada semua blogger. Selamat bercuti pada hari cristmas dan selamat bercuti pada tahun baharu.

Posted by Youth at 3:54 AM WST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older